Berita Bentong

Networkedblogs

Follow FB

You Are Here: Home - Berita Negeri - Adik ADUN Tahan Meninggal Dunia


JERANTUT - Diberitakan awal pagi semalam, adik kepada Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham Wan Hamidi bin Wan Abdul Razak meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat penyakit 'stroke' yang dialaminya sejak sekian lama.

Suasana sekitar tanah perkuburan Islam Jengka 12 
YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang yang juga merupakan kenalan rapat kepada Allahyarham telah turut hadir meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham di kediaman bonda ADUN Tahan di Felda Jengka 12 Jerantut.

YAB Menteri Besar Pahang bersama isteri meluangkan masa menziarah keluarga Allahyarham dirumah Bonda YB ADUN Tahan 
Turut hadir bersama YAB Menteri Besar Pahang ialah Datin Sri Diraja Dato’ Hajah. Junaini binti Haji Kassim. ADUN Tahan sangat berbesar hati dengan kehadiran Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob dan Datin Sri Dato' Junaini menziarahi.

Didoakan semoga roh Allayarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...